; Rahsia Pemasaran Facebook - Aplikasi Hadiah
 

Mahukah Anda Memiliki Aplikasi Facebook Yang Mampu Meningkatkan Hasil Penjualan Dan Mempromosikan Produk Anda Tanpa Mengeluarkan Modal? Bahkan Menjana Pendapatan Anda!

Pelajari Teknik Pemasaran Rangkaian Sosial Yang Viral Menggunakan Aplikasi Hadiah Tanpa Perlu Untuk Mengupah Pihak Ketiga Lagi!

Rakan Usahawan Internet Yang Dihormati,

Facebook.com kini mempunyai lebih dari 175 juta ahli aktif di serata dunia dan ini menjadikan Facebook laman rangkaian sosial #1, terbesar dan popular didunia.

Majoriti Usahawan Internet atau Pemasar Professional beralih ke laman rangkaian sosial masih mencari-cari teknik dan kaedah yang praktikal bagi mempromosikan perniagaan dan menjana pendapatan, dan masih ramai yang gagal menemui formula kejayaannya!

Segelintir pula menjana pendapatan sehingga menjadi berjaya jutawan hanya dengan mengambil kesempatan diatas populariti Facebook dan dengan mengetahui teknik sebenar pemasaran di rangkaian sosial.

Salah satu teknik tersebut adalah dengan membina aplikasi. Facebook sendiri menjana lebih dari USD 60 juta pada tahun 2008 hanya dengan menjual hadiah maya.


Bayangkan dengan berpandukan konsep aplikasi hadiah maya tersebut, anda juga boleh meraih pendapatan dan mempromosikan perniagaan anda tanpa perlu membelanjakan kos pengiklanan pemasaran yang tinggi.

Bagaimana Potensi Pemasaran Produk Anda Dapat Ditingkatkan Ke Satu Tahap Yang Lebih Tinggi Menerusi Aplikasi Hadiah?

Menerusi aplikasi ini, ia sebenarnya mempromosikan produk atau servis perniagaan kepada pengguna Internet terutamanya rakan-rakan di Facebook. Apabila ramai ahli di Facebook menggunakan aplikasi tersebut, maka lebih ramai rakan-rakan mereka yang lain akan mengetahui apabila terdapat suapan berita mengenai aktiviti mereka melalui penggunaan aplikasi tersebut. Dan ini dapat meningkatkan kebolehlihatan produk atau servis perniagaan anda pada semua pengguna di Facebook. Tanpa bersusah payah dan mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengiklanan dan pemasaran, aplikasi ini akan membantu dalam mempromosikannya secara viral.

Sebagai seorang usahawan, membangunkan aplikasi hadiah adalah perkara yang menguntungkan kerana:

Usahawan (Anda) tidak perlu bersusah payah melakukan promosi
Usahawan (Anda) hanya perlu menguruskan tempahan dan pembelian produk sahaja
Segala aktiviti pemasaran dilakukan oleh aplikasi yang digunakan oleh ahli-ahli Facebook

Cuba anda bayangkan, anda mempunyai 100 rakan di Facebook, dan apabila anda menghantar hadiah ini kepada 1 orang rakan, 99 orang yang lain juga tahu mengenainya. Apabila 100 daripada rakan anda ini menggunakan aplikasi ini, kesemua rakan mereka juga akan tahu!

Bayangkan mereka juga mempunyai 100 orang rakan.

Ini bermakna 100 orang x 100 orang = 10, 000 akan tahu mengenai aplikasi tersebut. Justeru, meningkatkan kebolehlihatan mengenai produk atau servis mengenai perniagaan anda! Itu baru 100 orang rakan anda yang juga mempunyai 100 orang akan. Tetapi bilangan rakan maksimum setiap ahli Facebook adalah 5,000 orang. Maka potensi kebolehlihatan perniagaan anda adalah 25,000,000 orang!

Walaupun begitu, bilangan tersebut masih lagi kecil berbanding jumlah pengguna keseluruhan Facebook terkini iaitu 175 juta orang di serata dunia!

Peluang Memiliki Pekerja Yang Melakukan Promosi Pemasaran Perniagaan ke Serata Dunia Secara PERCUMA!

Setiap ahli Facebook yang menggunakan aplikasi anda adalah PERCUMA. Jadi, apabila mereka menghantar hadiah maya dengan tujuan menghargai rakan mereka yang lain, secara tidak langsung promosi mengenai perniagaan anda akan tersebar luas!

Peluang Menjana Pendapatan Daripada Pengiklanan!

Kebanyakan Usahawan atau Syarikat-Syarikat yang membuat aplikasi di Facebook menjana pendapatan melalui pengiklanan yang terdapat pada aplikasi mereka. Rata-rata menjana dari puluhan ribu ke jutaan USD setiap bulan.

Jika anda membuat aplikasi hadiah dari syarikat lain di Facebook, anda sebenarnya menolong mereka menjana pendapatan melalui pengiklanan. Ini kerana, mereka membenarkan anda membangun dan menggunakan aplikasi tersebut secara percuma tetapi secara tidak langsung akan memaparkan iklan pada aplikasi tersebut.

Jadi, mengapa membantu syarikat-syarikat ini bertambah kaya jika anda juga boleh menjana pendapatan juga!

Bak kata pepatah melayu, Serampang Dua Mata; mempromosikan perniagaan secara viral, percuma dan disamping itu menjana pendapatan dari pengiklanan pada aplikasi tersebut.

WOW! Dan jika anda kreatif, pengiklanan tersebut bukan sahaja boleh dijana dari syarikat-syarikat pengiklanan rangkaian sosial, bahkan anda boleh menjual banner seperti menggunakan konsep mengiklan banner di laman blog.

Bagaimana membina Aplikasi Hadiah di Facebook?

Terdapat 3 cara membuat aplikasi hadiah di Facebook:

1. Mengupah Developer membuat aplikasi

2. Membuat sendiri

3. Menggunakan Aplikasi Hadiah Percuma yang terdapat banyak iklan

Ramai Usahawan Internet yang akan Membazir Wang untuk membayar “UPAH” kepada developer untuk membuat aplikasi hadiah mereka. Alasannya, mereka tidak mahir dan tidak tahu. Jadi ramai terpaksa membayar hampir ribuan ringgit bagi tujuan membina aplikasi hadiah ini hanya kerana berasakan agak sukar untuk membina aplikasi di pelantar Facebook.

Namun begitu, anda tidak perlu lagi risau, masalah tersebut akan dapat diselesaikan pada hari ini juga dengan adanya.....

Aplikasi Hadiah Facebook

Dengan aplikasi ini, anda boleh membina Aplikasi Hadiah di Facebook sendiri. Tidak perlu lagi membazir wang menyuruh orang lain membinanya. Anda juga bukan sahaja boleh membina satu tetapi seberapa banyak aplikasi hadiah yang anda inginkan. Bukankah itu lebih menjimatkan?

Pakej Aplikasi Hadiah FB

Didalam Pakej Ini, Terdapat Item Eksklusif Seperti Berikut:

ITEM #1: Kit Aplikasi Hadiah FB

 

ITEM #2: FB Virtual Gift Installation Guide

 

ITEM #3: 11 MISTAKES IN FACEBOOK MARKETING

 

 


Mengapa Perlu Anda Mengupah Orang Lain Untuk Sebuah Kerja Mudah Yang Boleh Dilakukan Sendiri Dalam Masa Tidak Lebih 30 Minit?

Jimatkan perbelanjaan anda. Ramai “developer” Facebook diluar sana mengambil upah sekitar RM1500 untuk membina “aplikasi hadiah” Facebook bagi mempromosikan produk syarikat anda.

Itu baru “caj membina” sahaja. Belum termasuk lagi harga skrip jika anda ingin menggunakan skrip berbayar yang kebiasaannya hanya boleh digunapakai untuk satu nama produk sahaja.

Bayangkan jika anda membangunkan 10 aplikasi hadiah… Berapakah perbelanjaan yang perlu anda keluarkan hanya semata – mata untuk kos membina aplikasi hadiah ini bagi perniagaan anda?

Wang upah tersebut sepatutnya boleh anda gunakan untuk aktiviti promosi berbayar anda ataupun untuk kos – kos upah yang lain yang lebih perlu...

Siapakah Yang Memerlukan Aplikasi Ini?

Aplikasi Hadiah ini hanya sesuai untuk mereka yang ...

1. Ingin mempromosikan produk, servis perniagaan secara viral

2. Ingin menjana pendapatan melalui pengiklanan dari Aplikasi Facebook

3. Ingin membina jenama perniagaan secara pantas dan dikenali di seluruh dunia

4. Tidak mahu mengeluarkan wang upah kepada developer lain

5. Tidak mahu mengeluarkan wang untuk kos pengiklanan yang tinggi

Dapatkan Aplikasi Hadiah Facebook Pada Hari Ini Juga Dengan Harga Istimewa Hanya:

Anda pasti tidak akan percaya, Aplikasi Hadiah ini saya tawarkan pada harga yang sangat murah! Tiada produk yang berbentuk aplikasi Facebook mempunyai harga serendah ini. Iaitu hanya..

RM1500.00

RM800.00

RM500.00

RM190.00 SAHAJA!

PEMBAYARAN MENERUSI PAYPAL (USD59)

 

Segera Tingkatkan Potensi Pemasaran Produk Dan Perkhidmatan Yang Anda Tawarkan Dengan Membina Aplikasi Hadiah Bagi Mempromosikan Perniagaan Anda Hari Ini Juga!

Jika anda ingin meningkatkan “potensi” penjualan produk anda ke satu tahap yang lebih memuaskan serta menguntungkan, maka segeralah membina aplikasi hadiah ini di pelantar Facebook.

Saya yakin anda bakal mempromosikan perniagaan dengan capaian kepada lebih dari 175 juta pengguna Facebook di serata dunia!

Salam kejayaan buat anda!

Yang benar,

Nasrul Amri Samsudin

Copyright © 2009 Rahsia Pemasaran Facebook  All Rights Reserved Worldwide